Friday 12 August 2011

ISLAM ITU KAN FLEXSIBLE..

Program infinity downline tidak menyalahi hukum syariah. Apa gunanya sempitkan pemikiran dengan nas-nas yang tidak pasti sedangkan hujahan sebenar dari mereka yang sudah berada di dalam perniagaan ini perlu juga diikuti kerana kami juga ada keluarga sendiri dan tidak tergamak memberi mereka rezeki dari sumber haram. Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang). Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya kita hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat. Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika meyakini sumber dan masakannya halal. Jika was-was jangan makan jika yakin (bersandarkan hujah betul) makanlah tanpa was-was. Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA hanya pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujahnya menutup pintu perbincangan hingga hujah Ulama lain tidak boleh diguna pakai? Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber? Ustaz Zaharuddin ada fakta digunakan untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu. Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula) Contoh : Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan NAS yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka TETAP BETUL selagi kita melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulamak dan bukan suka-suka kita. Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat. Kesimpulan 1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram. 2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya. 3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. 4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat. Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti. Wallahualam.. *BY ANJEBAT 

Dan benar seperti firman Allah SWT di Al Baqarah (2) ayat 8 : Di antara manusia ada yang mengatakan: "kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman." maka berhati-hatilah terhadap manusia seperti ini....

No comments:

Post a Comment

JADI KAN FACEBOOK PENDAPATAN SAMPINGAN

Bukan nak pengaruh dan bukan nak paksa. Tepuk dada tanya kesungguhan. Memang benar dalam facebook ni, kita boleh mendapat pendapatan sampingan. Mulanya saya pun tak percaya, tapi saya jenis yang suka mencuba. Bisnes lain memerlukan modal ribuan ringgit.Tapi untuk bisnes ID ni hanya RM100 sahaja, tak lah banyak sangat kan?.. Dan pulangannya memang berbaloi.